04 August 2010

Good Bye!

Hai... Salam 1 Bumi.
Kita tinggal di bumi yang sama, nak atau tidak terpaksa la. kalau tidak tinggal la kat bulan dan planet-planet lain yang tidak ada makhluk.
Lama rasanya tidak memerah otak menulis blog *sadis bunyinya.hehe... tapi kali ni hanya nak ucap Good Bye. Bukan nak tinggalkan kalian. Nak tampil dengan satu yang baru dari segi apa sahaja yang aku nak tulis. Jumpa nanti :)


10 March 2010

*sigh

Aduh... semester dah nak habis dah tok. Polah semua kerja yang tertangguh... Hope can make it in time. Kepada sahabat blogger semua, jaga diri dan semoha berjaya dalam apa yang anda lakukan.

25 February 2010

Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputeraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulama-ulama yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

frasa aku: "Idola sepanjang hayat"

06 January 2010

it's all about Photoshop & Photoshoot!


..........................................................Model: Rapik Barangan
..........................................................Camera: Canon digital IXUS 850 IS
..........................................................Location: Sematan Old Shop


...........................................................Model: Effadylia Affendi
...........................................................Camera: Canon digital IXUS 850
...........................................................Location: Palm Beach Resort, Sematan


02 January 2010

2010

Salam 2010 semua...
Pejam celik hari ni dah hari kedua kita melangkah ke tahun baru 2010. Tahun ni mungkin akan merubah kehidupan kita kepada yang lebih baik mahupun sebaliknya. Cuma kita saja yang mampu mengubahnya... aku doakan tahun ni akan menjadi tahun yang paling bermakna buat diri korang semua. Insya'Allah...

Tidak lupa tahun 2009, SELAMAT TINGGAL! Berbagai-bagai kenangan yang berlaku sepanjang tahun 2009... ada yang best dan tak best pun sama. Azam aku tahun lepas tercapai tak???

Nak imbas kembali azam aku tahun lepas : 3... 2... 1...

"...berada dalam landasan yang betul, menjaga hubungan yang baik dengan setiap makhluk dan Tuhan, mendapat keputusan yang baik dalam perperiksaan dan hidup bahagia dan dalam waktu yang sama menjalani hidup dengan baik sudah cukup bagi aku. Juga aku berharap Malaysia lebih maju seiring dengan negara No.1 dunia dan aman selalu.
"

Kesimpulannya:

1. AKu masih di landasan yg betul...
2. MAsih menjaga hubungan yg baik dengan semua...
3. Keputusan semakin baik...
4. Hidup bahagia... walau kadang2 ada juga masalah yg tak dapat dielakkan. Tapi aku masih berpuas hati dengannya...
5. Malaysia semakin maju... SATU MALAYSIA semakin mendapat nama.

Alhamdulillah...

~ Satu lagi perkara yg best tahun lepas... Aku pertama kali naik kapal terbang... Datang ke KL, 1st time tu.hehe

Tahun ni, Azam aku masih tetap sama dengan tahun lepas. Cuma ada beberapa penambahan sahaja iaitu:
1. Tahun ni, aku nak kurangkan berat badan (dah register pergi gym 1 year).
2. ...

Setakat itu saja rasanya penambahan yang paling besar, cuma kalau ada pun yang lain semuanya macam satu keperluan yang memang perlu dilaksanakan.

frasa aku:
Hidup ni ibarat roda, kadang-kadang di atas... tapi jangan lupa, ada masanya berada di bawah juga.


28 December 2009

Get Set Go...

Selamat hari Isnin semua...
Seperti biasa minggu baru bermula lagi dan di alam kampus ni, semua pelajar sudah mula sibuk dengan rutin seperti setiap awal semester nya membayar itu dan ini, mendaftar subjek, sibuk dengan jumlah kredit, bagi yang ada masalah pendaftaran terpaksa pergi ke BPPs. memang sibuk...

Hari ini ada kelas sepatutnya, memandangkan tempat belum ditetapkan terpaksa tunggu lecturer umumkan. Rasanya kebanyakan kelas dalam minggu ini belum bermula lagi. Projek Tahun Akhir(PTA) masih dalam proses...

Hari ini aku juga sudah menggunting rambut. Rambut panjang merimaskan. Seperti biasa, aku dan Rapik mengunting rambut di Vessa Hair Salon di Desa Ilmu. Kami berdua ni memang pelanggan tetap... Kalau servis dan harga berpatutan siapa tak nak kan?Hanya RM8 sahaja. Kita boleh pilih fesyen yang kita nak dalam majalah yang disediakan. Aku suka rambut seperti Akim Af7, jadi aku suruh la dia buat untuk aku :)

Petang ni nak sambung PTA... Rabu ni pula, ROs dan Khatijah ajak jumpa supervisor.

frasa aku:
Moga semester ini berjalan lancar.



Related Posts with Thumbnails