
Assalammualaikum...
Apa khabr semua? Rasanya sudah lama aku tidak menaip dalam blog aku ini. Bukan apa, disamping banyak tugasan lain yg perlu diutamakan, jadi terpaksa aku ketepikan seketika. Kata orang dahulukan yang dulu...
Baiklah, memandangkan tidak lama lagi kira-kira dalam 5 hari lagi nak raya ni, aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua sahabat blogger aku dan seluruh umat islam di dunia.
Aku balik kampung malam Jumaat ni. Tak sabar rasanya nak balik kampung, jumpa keluarga, anak2 buah aku yg cute, sanak saudara dan sahabat-sahabat lama aku. Aku terbayang-bayang, bagaimana raya tahun ini di kampung? Mesti best!
Tahun ni juga, Rapik ikut aku balik raya. Kesian dia tinggal sorang kat kolej. Hari sabtu lepas, aku temankan dia membeli baju raya. Bukan main exited dia nak beraya. Untuk pengetahuan semua, dia ni iban. Semoga kau enjoy nanti...hehe
Efa pula, raya ni nak pergi Austalia... beraya di perantauan bersama family Aslan. Apa-apa pun, Aku nak ucap 'Minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut sepanjang kita bergelar sahabat aku ada menyakitkan hati, terguris perasaan dan terlanjur kata. 0 - 0 k efa. Aku tau kau dah maafkan...hehe. Jaga diri kat sana dan berseronoklah...
Okayla... setakat ini sahaja buat masa ini. Nanti, kalau aku ada masa aku akan rajin-rajin update blog aku ni.
hk.
last days of the fall
5 hours ago


0 maok di kongsi:
Post a Comment